Percintaan

Kenapa Perempuan suka pakai seksi? Serta larangan2NYA yang dibuat pekak oleh mereka..


Maybe ramai orang ckp "faiz ni gila, pasal ni pn nk kecoh"... "mcm bodoh".. opss tunggu dulu.. 
Mcm Bodoh?... tidakkah bodoh seerti dgn orang yang x menggunakan akal main hentam x ske berfikir... Tidakkah orang yang memperbodohkan orang ni sama jer seerti dgn perkataan bodoh itu? Pada aku, g mati la.. Aku ske Explorer benda2 yg bagi Mereka anggap x beberapa penting.... Asalkan tidak kepada Lagha dan lebihkan moral atau pengajaran..


moral : jangan ske2 memperbodohkan orang.. 


Bak kata 5forty2.. 

Ni cuma ajak fikir, bukan suruh bertape..
Kasi korang pilih, tak sudi pun tak ape...



Kenapa pakai seksi? terdedah sana sini...? ADAKAHH...


Faktor cuaca panas? 


   oh, adakah atas Sebab tuu.. dorang selalu carik Cream pencuci muka atau cream2 lain semata-mata nk menghalang kulit jadi gelap..? Adakah rasa panas dan rasa Leceh bila memakai baju lengan panjang atau pakaian yg menutup aurat..? Penah gak orang ckp, biasa yg pakai ketat2 n seksi ni mesti orang yg da "rosak".. Betul ke? Korang jela jawab sebab korang tau.. Aku just nk openkn otak korang je. Betul salah, korang menilainya.. 


Apsal x pakai je spender dgn bra je? bila aku tanya cm tu, pandai pula nk mengata aku orang yang x bertamadun? bagaimana pula mereka yg pakai baju smpai nk terkeluar benda mereka? lebih kurang same jer.. siap lutsinar lg.. ape cer?? tolong jelaskn?


Faktor nak tarik perhatian?


   Pelik juga yer mereka ni seolah2 berhias mencantikkan diri tak nak kalah macam cover buku atau majalah nk membuat hati si pembaca atau penilai untuk membeli buku itu.. Ingat bagus sgt ke? 


Jika kita hanya memandang luaran.. Tentu kita terpengaruh untuk membelinya.. Jika kita mengutamakan isi.. Sudah tentu kita tidak mementingkan rupa.. Adakala kulit buku juga penting.. Bayangkan jika kulit buku yang hanya ada tajuk sahaja.. so, Nk beli? 0.05 sen pn aku x nk beli.. 


Study balik 4 kriteria wanita yg disuruh oleh Nabi untuk di utamakan dalam mencari isteri.. Agama, rupa, harta dan keturunan.. Bagaimana dengan buku yang hanya cantik di luar dan cam "hampeh" di dalam? 


aku penah citer dgn member aku.. dari rumusan perbualan kami.. Aku pelik la.. Dorang seksi2 ni nk tarik minat kt lelaki mcm ne? yang alim dan baik? Nk ke dorang yer? Mungkin ada mungkin xde... Tp majoritinya lelaki yg gatal je kot suka orang2 cm korang ni...


Faktor sebab x lambat?


   Adakah dengan kerana memakai ketat2 atau simple ini dapat mempercepatkan anda untuk menyalin pakaian daripada memakai baju lengan panjang atau baju2 yg menutup aurat? Logikkah? jelaskan?


Cuba hayati dan feel betul2 gambar dibawah...


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Adakah ini yang di namakan jilbab? Adakah ini pakaian dan Perangai perempuan Islam yang WAJIB di ikut??


1.Dalam surah An-Nur, ayat 31 :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; 



dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; 


dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)

Siapakah yang akan turut amaran Allah dalam surah ini? Andalah yang memilih jalan... Banyak2 berdoa.. Islam itu penuh dengan ketenangan, kedamaian, kesucian jika di hayati dan di amalkan.. Kesannya bukan sekadar pada fizikal, tapi kerohanian, sassiah peribadi dan lain2 kesan positif..

Hati juga dapat kesan baik dan mendalam.. Cube tgk ayat "Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.." 

Penah tgk anak mami the movie?? Oleh kerana terlalu riak, bangga sgt pakai emas.. Tertiba kena ragut.. Tidakkah kelihatan hati mereka yang berteraskan materialistik..? Tak payah tgk movie.. tak real.. tengok berita sudah, baru tau itu bukan sekadar amaran.. Malah kesannya sudah nyata lagikan bersuluh.. Jika kita amalkan cara Islam.. Insya-ALLAH wanita2 terpelihara hati mereka olehNYA..

2.“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Suara juga merupakan salah satu aurat wanita.. Jaga dan tapis lah suara atau kata2 yang membuat pendengar memandang serong..

3.
Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:










“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.


dan berkaitan perkara di atas.. 

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Tidakkah kelihatan indah jika kita amalkan? berapa kerat je yang akur dengan amaran ni? x heran la zaman skang ni lelaki suka main2 dengan perempuan.. Dah mereka tak penah amik tau dan wat tak endah dgn Amaran tuhan..


Tusukkan peniti mata hati untuk melihat keindahan Islam.. Biar pedih seketika, Asalkan bahagia kemudian hari.. Tanpa zarah yang sehalus itu.. maka, tiadalah objek terlihat.. Ubahkan hatimu sekecil zarah.. Ikhlaskan hati untukNYA.. Semoga diberi petunjuk dan hidayah.....



P/S MEMBACALAH.. ILMU ADALAH PENYULUH KEHIDUPAN..